Wednesday, February 20, 2008

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.

Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga


ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil


iii. Pasangan ideal dalam erti;

- bersikap baik terhadap isteri

- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat

- menerima kekurangan dan kelemahan isteri

- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu

- dapat menjaga kewibawaan isteri

- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik

- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri


iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak


v. Pasangan yang baik zahir dan batin

Erti Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapidalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabatyang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kitaterlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,'memaksa' dia menerima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentangdiri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yangingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untukmemahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; diajuga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku keranaselalu silap tafsir terhadap dirimu..

CinTa SeJati

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .
Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulenMencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti.Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mataakan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda,meskipun baginda sudah wafat.Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda.Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

6 SifaT SaHabaT


Am kaitannya dengan kerja jama'ah terdapat beberapa prinsip yang dijadikan sebagai landasan kerja dan pedoman dalam menggerakkan roda dakwah serta menjiwai kerja dakwah jama'ah. Dalam jama'ah prinsip tersebut dikenal dengan Enam Sifat Sahabat yang senantiasa diulang-ulang dalam muzakarah jama'ah dengan tujuan agar enam sifat sahabat yang diyakini tersebut dapat berkesan dalam diri dan hati setiap individu jama'ah, untuk kemudian sedikit demi sedikit dapat diamalkan. Menurut keyakinan jama'ah apabila enam sifat sahabat ini ada dalam setiap individu muslim, maka agama pun akan ada dalam dirinya dan akan mudah mengamalkannya.
Enam sifat sahabat yang sering di muzakarohkan jama'ah tersebut mengandung tujuan yang hendaknya dimiliki oleh setiap individu muslim dalam mengembangkan amanah dakwah. Adapun enam sifat sahabat tersebut antara lain:


1. Mengetahui Hakikat Syahadat (Kalimat Thoyyibah)
[1] Maksud dari sifat ini adalah agar setiap muslim memiliki keyakinan yang mantap berpegang teguh pada keimanan yang benar sebagaimana yang dicontohkan Nabi dan para sahabat. Seluruh aktivitas hidup digantungkan pada Allah SWT sebagai pencipta, pemelihara dan pemberi rizki. Oleh karena itu pemahaman akan tauhid yang benar menjadi syarat yang utama dalam mewujudkan sifat ini. Kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah adalah dua kalimat yang paling inti dalam kehidupan manusia. Terlebih bagi seorang muslim. Kalimat tersebut mengandung pengertian taat kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahnya dan manjauhi larangannya dengan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Sebagaimana firman Allah SWT: Hai orang-orang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulnya dan Ulil Amri. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah (Al-Qur'an) dan Rasul (Al-Hadits), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa: 59) Dengan memiliki pehaman yang benar terhadap tauhid, termasuk di dalamnya pemahaman terhadap tauhid Rububiyah (Mentauhidkan Allah SWT sebagai Rabb segala sesuatu), tauhid Uluhiyah (mentauhidkan Allah SWT sebagai Illah yang haq yang wajib di sembah), dan tauhid Asma Wa Sifat (mentauhidkan Allah SWT dengan segala sifat-sifat yang ada pada-Nya)
[2] diharapkan setiap individu muslim dapat dengan sungguh-sungguh menggantungkan hidupnya hanya kepada Allah. Hanya dengan cara inilah akan didapatkannya kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


2. Sifat Shalat Khusu' wal Khudu' Shalat berarti hubungan, khusu' berarti kekhidmatan atau konsentrasi dan khudu' berarti taat pada peraturan atau tertib[3]. Maksud dari prinsip ini adalah bahwa setiap individu muslim hendaknya dengan sungguh-sungguh menegakkan shalat, karena shalat adalah tiang agama. Jika shalat telah ditegakkan maka berarti agama telah ditegakkan, dan jika shalat ditinggalkan berarti telah menghancurkan agama. Dalam Al-Qur'an disebutkan: "Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu ni'mat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".(Al-Kautsar, 1-3) Sifat ini juga dimaksudkan agar setiap individu muslim berusaha menjaga khusu' dalam shalat dengan sifat ihsan yakni seakan-akan melihat Allah dalam setiap sholat, atau jika tidak, maka Allah SWT adalah zat yang maha melihat setiap hambanya. Sifat ini juga diharapkan agar dapat menjadi tuntunan dalam kehidupan sehari-hari. Gerakan sholat mulai dari takbir hingga salam adalah simbolisme prilaku hidup yang harus diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat agar tumbuh sifat tawaddu' dalam diri setiap muslim.


3. Sifat Ilmu ma'a Dzikir
Ilmu adalah segala sesuatu yang mengingatkan kita kepada Allah SWT[4], maksudnya adalah bahwa ilmu yang dimiliki dapat memberi kefamahaman akan pengetahuan tentang baik dan buruk, halal dan haram, perintah dan larangan serta segala sesuatu yang dikehendaki Allah SWT untuk dijalankan. Para Sahabat r.hum diyakini memiliki sifat ini sehingga mereka diberi petunjuk oleh Allah dari kejahiliyahan kepada nur ilmu melalui Rasulullah saw. Disamping itu ilmu harus di sertai dengan dzikir kepada Allah, karena ilmu tanpa dzikir akan menyebabkan sifat sombong dan takabbur serta lupa akan kekuasaan Allah SWT. Berdzikir menyebabkan dekat pada Allah, dan dekat pada Allah menyebabkan kita akan selalu merasa berada dalam ketenangan.


4. Sifat Ikroomul Muslimin (Memuliakan Saudara Muslim)
Ikroom artinya memuliakan, dan Muslimin berarti orang muslim atau saudara muslim. Maksud dari sifat ini adalah agar setiap muslim hendaknya belajar untuk memuliakan saudara muslim, yaitu menunaikan hajat saudara muslim tanpa mengharap agar hak kita ditunaikan. Dalam sejarah permulaan perkembangan Islam diriwayatkan bahwa persaudaraan antara kaum Muhajirin Makkah dan kaum Anshar Madinah yang dibina atas bimbingan Rasulullah dan para sahabat menciptakan suatu masayarakat yang sehat dan kuat, bahkan dalam perjalanannya kehidupan masyarakat Madinah dianggap sebagai kehidupan masyarakat yang ideal bagi pembentukan suatu negara. Para sahabat mengahayati sifat ini sebagai persaudaraan sejati yang tidak hanya merupakan persaudaraan sebagai satu keturunan atau satu kesukuan, tetapi lebih tinggi lagi yaitu persaudaraan seiman dan seaqidah karena Allah SWT. Rasulullah pernah bersabda: Dari Abdullah bin Umar ra. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, janganlah menzhalimi dan jangan pula membiarkan ia dihakimi. Barang siapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan hajatnya. Barang siapa memberi jalan keluar kepada seorang muslim dari kesempitannya, Allah akan melepaskannya dari kesempitan hari kiamat. Dan barang siapa yang manutupi keburukan seorang muslim, Allah akan menutupi keburukannya pada hari kiamat.


5. Sifat Ikhlasun Niyah (Niat yang ikhlash karena Allah)
Maksud dari sifat ini adalah agar setiap muslim dalam beramal hendaknya dilandasi dengan niat yang ikhlash semata-mata mengaharap ridho dari Allah SWT. Revitalisasi amal terletak pada niat yang ikhlas, karena setiap kita kadang kala berbuat atau beramal karena ingin dinilai oleh orang. Dalam Al-Qur'an disebutkan: "Padahal mereka tidak disuruh kecuali untuk menyembah dengan ikhlas dalam (menjalankan) agama dengan lurus". Rasulullah mengajarkan umatnya untuk selalu memiliki niat ikhlas dalam setiap amal-amalnya. Jika satu hal yang dikerjakan dengan niat karena Allah maka Allah akan memberikan pahala baginya. Sebagaimana Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu sebagaimana yang diniatkannya".


6. Sifat Dakwah wa Tabligh
Sifat dakwah dan tabligh adalah sifat Rasulullah. Maka dengan menghidupkan sifat dakwah dan tabligh berarti telah menghidupkan sunnah Rasulullah saw. Dakwah artinya mengajak dan Tabligh artinya menyampaikan[9], maksudnya adalah bahwa setiap muslim hendaknya memiliki komitmen mengajak orang taat kepada Allah SWT, dan menyampaikan kebesaran-kebesaran-Nya. Hal ini dikarenakan manusia saat ini telah lupa akan kekuasaan Allah SWT. Dalam pandangan kaca mata agama, kerusakan yang terjadi di dunia saat ini dan terjadi terus menerus diakibatkan karena ulah manusia yang telah mencampakkan agama dan melupakan Tuhannya. Maka perlu adanya usaha untuk mengajak manusia kembali pada jalan Tuhannya yang telah jelas menghidupkan, memelihara dan mencukupi segala kebutuhannya hingga kematian datang kepadanya. Telah jelas kekuasaan Allah di muka bumi ini tapi sedikit sekali manusia yang mau memikirkannya. Kaum muslimin adalah sebagai umat Rasululllah yang telah diwarisi tuntunan hidup yaitu Al-Qur'an dan Al-Hadits, juga telah diwarisi kerja kenabian Dakwah Ilallah (mengajak orang taat kepada Allah). Telah dicontohkan pula oleh rasulullah tentang Mujahadah dalam jalan dakwah, bersungguh-sungguh mengorbankan seluruh yang ada untuk agama Allah SWT. Jika seluruh umat Islam telah mengerti akan amanat ini dan telah rela bermujahadah dalam jalan dakwah, maka Allah akan memberikan kesempurnaan amal sebagaimana Nabi dan para sahabat r.hum. Enam sifat sahabat tersebut terus menerus diulang-ulang dalam muzakaroh, bahkan telah menjadi bagian dari kerja jama'ah. Pada setiap kesempatan dalam jama'ah yang sedang Khuruj fi Sabilillah, enam sifat sahabat ini memiliki Halaqoh tersendiri yang disebut Halaqoh enam sifat sahabat. Halaqoh itu merupakan salah satu cara untuk membiasakan diri terhadap sifat-sifat tersebut dan diharapkan agar sifat-sifat tersebut dapat hadir dalam setiap diri jama'ah dan seluruh umat Islam.
------- Footnote : [1]lihat, Mufti Zainul Abidin Al-A'zhamy, (1997), Dalil-dalil Enam Sifat Menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Ustadz A. Abdurrahman Ahmad, Bandung: Pustaka Sabila. [2] Dr. Muhammad Na'im, dalam Kembali Kepada Salaf, Buletin Mingguan, Edisi Mei (1992),Yogyakarta: Pustaka Majelis At-Turots, hlm. 7-10[3]lihat Ahmad Warson Munawir, (1984), Kamus Al-Munawir, Yogyakarta: Ponpes Al-Munawir Krapyak, hlm. 368 dan 374[4]Disampaikan pada targhib pelajar bulan 8 Februari 2001, pkl. 20.00 WIB, oleh Bpk. Yusuf di Markaz Yogyakarta.[5]Lihat Al-Qur'an dan Terjemahannya, Jakarta: Departemen Agama RI, hlm. 68-74[6] Shahih Bukhari, hlm. 330, dalam Dalil-dalil Enam Sifat, hlm. 111[7]Al-Qur'an, surat Al-Bayyinah ayat 5[8]Kitab Shohih Bukhari, hlm 2, Muslim, hlm. 141, Sunan Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'I (At-Targhib), hlm. 15[9]lihat Ahmad Warson Munawir, op. cit. hlm. 439 dan 116

Antara CintA dan SukA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta... Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...


Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis... Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba membuat dia gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata, Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka... Umpama kita membuang telinga kita, tetapi jika kita cuba menutup mata, Cinta berbuah menjadi airmata Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta…. Tetapi, hakikatnya… Cinta kepada Allah swt Adalah lebih hakiki dan abadi…

Love is CINta


Pada suatu hari......

kata orang cinta tidak boleh dipaksa. kalau suka cakap suka. kalau tak suka cakap tak suka. kalau suka jangan pura-pura buat tak suka. kalau tak suka jangan buat pura-pura suka. kononnya cinta itu terjadi sendiri. sebab itu ada orang percaya kepada dewa cinta - digambarkan oleh orang-orang di negara barat sebagai bayi berkepak yang mempunyai busur. diceritakan bahawa cinta akan berputik apabila seorang lelaki dan seorang perempuan terkena anak panah dewa cinta ini. walaupun tidak pernah kenal atau tidak pernah ada minat antara satu sama lain, kalau sudah terkena panahan dewa cinta ini, kedua-duanya akan dilamun cinta. kemudian terjadilah adegan tidur tidak lena, mandi tidak basah dan makan tidak kenyang.ada orang percaya cinta itu sudah ditakdirkan. istilahnya jodoh - mesti ada seorang wanita dilahirkan untuk seorang lelaki di dunia jadi. cuma masa sahaja yang dapat memberitahu bila kedua-dua mereka ini akan bertemu. dan cuma masa sahaja akan dapat memberitahu bagaimana kedua mereka ini akan bertemu. sebab itu kita ada istilah cinta pandang pertama - sekali jumpa terus jatuh hati. kita kata itu cinta pandang pertama tapi sebenarnya ia sudah ditakdirkan. begitu juga dengan pengantin yang tidak seperti pinang dibelah dua. kita kata itu pasangan pinang tak dibelah dua tapi sebenarnya itu sudah jodoh - takdir Tuhan bukan untuk dijadikan bahan gelak ketawa.jika sudah ada dewi cinta dengan panah ajaibnya, mengapa masih ada bujang lapok? jika sudah ditakdirkan ada pasangan, mengapa masih ada andartu?kata orang cinta tidak boleh dipaksa tetapi untuk mencari cinta, kadang-kadang kita kena juga memaksa. menunggu sahaja di depan pintu tidak akan menemukan kita dengan cinta. hidup bersahaja sambil mengharapkan kalau-kalau di tengah jalan boleh ketemu cinta pandang pertama tidak akan membuahkan cinta.kadang-kadang kita mesti memaksa diri untuk mencuba. kalau kita suka tetapi orang yang kita suka itu kata tidak suka, jangan terus habiskan niat itu di situ sahaja. sukan besbol pun ada tiga peluang sebelum diberikan strike. sesekali kita mesti memaksa diri kita untuk mencari. walaupun cinta tidak dijual di kedai basikal jauh sekali dijual timbang kilo di pasaraya hiper, cinta akan datang kalau kita ada usaha pergi mencari.asalkan kita mahu bercinta, sesekali memaksa diri apa salahnya. begitu juga kalau nak jadi pandai.kadang-kadang kita rasa kita dilahirkan semulajadi tidak pandai. ambil apa-apa periksa pun mesti markah corot. diajar macam-macam dalam kelas, keluar kelas habis semua lupa. orang lain buat pengamiran sambil tutup mata, kita sifir enam pun tak berapa nak ingat.tapi kalau kita mahu jadi pandai, kadang-kadang kita kena paksa diri sendiri. kalau orang lain baca sekali sudah boleh ingat tapi kita baca sekali langsung tak ingat, kita kenalah baca banyak-banyak kali. kalau orang lain boleh buat kira-kira pakai congak tapi kita sifir pun tak habis hafal, kita kenalah cari alat-alat yang boleh menolong kita membuat kira-kira. misalnya cari kalkulator, sempoa atau memakan kismis - kata orang makan kismis boleh menguatkan daya ingatan.tapi kalau kita sudahlah tidak mahu jadi pandai, tidak mahu memaksa diri pula itu maka kita akan jadi apa yang kita jadi sekarang - mungkin lebih teruk.hari ini dan tiga hari yang berikutnya, saya diberi latihan untuk menggunakan sebuah perisian. 'cikgunya' diimport dari afrika selatan yang didatangkan dari singapura. seperti juga perisian-perisian lain yang 'saya kena belajar', saya selalu ada mentaliti untuk tidak mahu jadi pandai - tahu guna sahaja cukuplah. kalau jadi pandai, lagi banyak kerja yang kena buat. kalau jadi pandai, lagi besar tanggungjawab. jadi eloklah 'pandai yang sedang-sedang aje'. kurang sikit risiko.tapi kalau 'pandai yang sedang-sedang aje' ini ada juga risikonya. tidak pandai langsung lagilah besar risikonya. kerana mentaliti 'asal tahu guna sahaja' itulah saya masih belum diberi walau satu pun projek untuk dipegang. dulu ada satu sudah ditarik balik - nak buat projek bukan setakat kena tahu buat, tapi juga kena tahu cakap. disebabkan itu juga untuk kebanyakan projek, saya jadi 'orang di belakang' - tolong sana sikit, tolong sini sikit.akibatnya orang lain akan melihat saya yang 'pandai sedang-sedang aje' ini sebagai 'tahu sikit-sikit aje'. bila tahu sikit-sikit sahaja, gaji pun 'sikit-sikit aje'. kalau dimasukkan dalam projek pun, tolong 'gitu-gitu' aje. nanti bila sudah kerja lama-lama, orang lain dinaikkan jadi senior saya masih duduk di takuk junior. ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.pandai tidak ada dewa pandai yang akan memanahkan sesiapa yang bengap. pandai pada orang-orang tertentu sahaja sudah ditakdirkan. pandai bagi kebanyakan orang datang dengan usaha.jadi untuk perisian baru ini, saya ingin mengamalkan 'pandai mesti dipaksa'. semua proses dari menginstall hingga ke menguninstall mesti 'sudah ada di hujung jari'. semua kod dan setting mesti 'sekali petik jari' sudah boleh buat semua.sebagai langkah pertama untuk menjadi pandai, saya akan pulang awal ke rumah hari ini. tidur lagi baik - apa juga usaha boleh tunggu hingga hari esok. kalau hendak memaksa diri pun, sekurang-kurangnya jagalah kesihatan:)* di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. di mana ada sayang, di situ ada cinta:)